NasionalNegeri

“Sampai Bergetar Tulang Belakang Saya”, Peserta Zumba Keluarga Malaysia Lepas Gian!

Zumba merupakan salah satu program riadah yang mudah diikuti ramai orang menerusi rentak tertentu.

Seorang guru, Nur Khiriah Mustafa, 45, berkata zumba menjadi acara kegemarannya sejak dari dulu.

“Cuma disebabkan PKP, semuanya terhenti dan kini sudah boleh dibuat semula,” katanya.

Nur Khiriah berkata demikian kepada Suara Merdeka menerusi satu tinjauan dalam Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sementara itu, pekerja swasta, Rohainis Ismail, 38, mengakui agak seronok dapat bersama kawan-kawan.


“Sampai bergetar tulang belakang saya. Dah lama tak rasa macam ini,” katanya.

(Visited 66 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button