Jenayah

Samirah, dua remaja lelaki bebas tuduhan membunuh CEO Cradle Fund

Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Samira Muzaffar dan dua remaja lelaki atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Beliau berkata mahkamah mendapati bahawa keadaan tidak menunjukkan pelakuan tertuduh dan dua kanak-kanak itu (kini berumur 19 dan 16 tahun) mendatangkan kecederaan sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Katanya pihak pendakwaan juga gagal membuktikan pada masa yang dikatakan dalam pertuduhan berlakunya pembunuhan.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh (Samira) dan kanak-kanak 1 dan kanak-kanak 2 dilepas dan dibebaskan atas tuduhan membunuh,” katanya.

Samira, serta dua kanak-kanak lelaki yang ketika itu berusia 15 dan 11 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Pada 14 Feb lepas, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil 57 saksi.

Perbicaraan kes Samirah yang didakwa membunuh suaminya itu bermula pada 6 Sept 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Aznawi Abu Hanipah, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Zubairi manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Rahmat Hazlan, LS. Leonard, S. Suresh, Savreena Kaur dan Zahria Eleena Redza.

(Visited 411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button