Politik

Bersyukur: Muhyiddin mohon seluruh rakyat terima baik keputusan Agong

KUALA LUMPUR, 29 Feb — Menzahirkan kesyukuran atas perkenan Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantiknya sebagai Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan yang diumumkan Istana Negara hari ini.

“Yang pertama saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telahpun menganugerahkan jawatan Perdana Menteri kelapan dengan izin dan perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Saya menjunjung kasih atas perkenan Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda dan sebab itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telahpun memberi sokongan moral pada saya dan kita telahpun beristiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah yang diberikan Allah SWT kepada saya,” katanya dalam reaksi segera kepada media terhadap pengumuman Istana Negara di kediamannya hari ini.

Presiden Bersatu itu turut menzahirkan ucapan terima kasih dan mendoakan kejayaan masa depan Malaysia yang lebih cemerlang dan gemilang.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan akan berlangsung di Istana Negara pada 10.30 pagi esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin hari ini, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Kenyataan itu memaklumkan Seri Paduka berkenan melantik beliau sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Lantikan Muhyiddin susulan Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada Isnin (24 Feb) dan beberapa jam kemudian Seri Paduka melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim.

— BERNAMA

(Visited 430 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button