Politik

Pemimpin Umno Negeri Sembilan beramai-ramai masuk Perikatan Nasional bersama Annuar

HEBOH besar-besaran pemimpin UMNO Negeri Sembilan akan menyertai Perikatan Nasional bersama-sama Tan Sri Annuar Musa.

Mereka akan menyertai Perikatan Nasional dengan pelbagai cara iaitu menyertai Pas sebagaimana dilakukan oleh Annuar, memasuki Bersatu atau menjadi ahli langsung Perikatan Nasional.

Nama-nama besar itu kelak akan menjadi calon pada pilihan raya negeri dan ini akan menyebabkan peluang Umno menang lebih daripada lima kerusi menjadi semakin sukar.

Justeru gabungan Umno dan PH kini terpaksa bergantung kepada Dap yang dijangka mengekalkan semua kerusi dimenangi sebelum ini untuk kekal memerintah di negeri berkenaan.

Annuar, bekas setiausaha agong Umno menyertai Pas setelah mendapati Umno tidak lagi relevan apabila sudah meninggalkan perjuangannya demi menzahirkan persekongkolan dengan Dap.

Umno menjadi bisu dalam isu membabitkan kepentingan Melayu dan agama Islam.

Umno kehilangan sokongan 2 juta orang Melayu, kini mengharapkan Dap untuk menyokong calon yang diletakkan.

Namun, melihatkan gelombang rakyat yang tidak berpuas hati dengan Umno dan kerajaan hari ini terutama isu sara hidup yang semakin meningkat, pada masa yang sama matawang ringgit terus menjunam.

Rakyat semakin kecut perut untuk memikirkan hari-hari mendatang di bawah pimpinan kerajaan perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – SM

BACA Merentasi batas politik, keahlian Muafakat Nasional kini 25,000 orang – Annuar Musa

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 606 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button