Mahkamah

Kes wang UMNO RM192 j: Peguam harap pendakwaraya terima keputusan mahkamah

UMNO berharap pihak pendakwaraya menerima seadanya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Februari lalu yang menolak permohonan pelucutanhak wang parti itu berjumlah RM192,965,413.61.

“Ini berikutan pendakwaraya gagal untuk menggantung perintah pelucutanhak wang tersebut.

“Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaimi Mazlah hari ini setelah mendengar hujah-hujah pihak-pihak berkenaan telah menolak permohonan penggantungan tersebut,” kata peguam Hariharan Tara Singh.

Media hari ini melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan keputusan mahkamah yang sebelumnya menolak saman pelucutan hak terhadap Umno, Wanita MCA, Perano Sdn Bhd, dan Binsabi Sdn Bhd.

Pada 7 Februari, mahkamah menolak saman pelucutan hak oleh kerajaan terhadap Umno, Wanita MCA, Perano dan Binsabi untuk mendapatkan wang berjumlah RM194 juta yang didakwa dari 1MDB.

Pihak pendakwaan menuntut melucutkan wang RM192 juta dari Umno, RM300,000 dari Wanita MCA, RM337,634,78 dari Perano dan RM777,250 dari Binsabi.

Namun, pihak pendakwaan memohon penangguhan bagi mengelakkan wang tersebut dikembalikan kepada keempat-empat responden, sementara menunggu rayuannya ke Mahkamah Rayuan.

Permohonan itu kemudian dijadualkan untuk didengar hari ini.

Ketika ditemui selepas prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat berkata, keputusan hari ini bukan bermaksud Umno dan tiga yang lain akan mendapatkan wang berkenaan serta merta.

Beliau berkata ada beberapa langkah pentadbiran yang harus dilakukan sebelum perkara itu berlaku.

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button