Nasional

Sah Ketua Menteri Melaka yang baharu akan angkat sumpah esok

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari mengesahkan istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu akan diadakan pukul 3 petang esok.

Zaidi dalam kenyataannya berkata, istadat itu akan berlangsung di Dewan Sri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, di Kompleks Seri Negeri,  Melaka.

“Adalah dimaklumkan bahawa, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka sudah pun menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12.

“Sehubungan itu, berdasarkan Perenggan (a), Fasal 2, Perkara 7, Perlembagaan Negeri Melaka, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

“Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka Ke-13 akan diadakan esok jam 3 petang,” katanya.

Antara yang disebut-sebut untuk menggantikan Sulaiman termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button