Rencah Hidup

Tun Rahah ibu saudara yang penyayang, cekal – Hishammuddin

MENTERI Luar Negeri Hishammuddin Tun Hussien Onn menyifatkan ibu saudaranya, Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah sebagai insan yang penyayang, prihatin, baik hati dan tabah.

Hishammuddin berkata, dia cukup rapat dengan balu Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak itu dan membesar di bawah penjagaan Allahyarham Rahah.

Menurut Hishammuddin, dia kagum dengan kecekalan Allahyarham Rahah yang hanya berusia 45 tahun ketika suaminya, Allahyarham Abdul Razak meninggal dunia dan membesarkan lima orang anak lelaki termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa sedihnya saya apabila dimaklumkan beliau telah pergi buat selama-lamanya.

“Apa yang saya rasai ketika ini sama seperti ketika Allahyarhamah Bonda saya menghembuskan nafas terakhir 6 tahun lalu.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sepupu-sepupu saya, Najib Razak, Nazir, Nizam, Nazim dan Johari atas kehilangan bonda tercinta.

“Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengampun. Ampunilah dosa ibu saudaraku ini, terimalah setiap amal kebaikannya dan tempatkanlah ibu saudaraku ini bersama para HambaMu yang diredhai. Amin Ya Rabbal Alamin. Al-Fatihah,” doa Hishammuddin.

Ibu Hishammuddin, Allahyarham Tun Suhailah Mohamed Noah merupakan kakak kepada Allahyarham Rahah.

Allahyarham Suhailah berkahwin dengan Tun Hussein Onn yang merupakan perdana menteri ke-3.

Allahyarham Rahah dilaporkan meninggal dunia petang tadi selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital di ibu negara.-SM

 

(Visited 617 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button