Politik

Pas, UMNO terus bermuafakat di Selangor

Pas dan UMNO akan meneruskan maufakat di Selangor dan menegaskan akan menjayakan Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangini kedua pimpinan tertinggi kedua-dua parti pada 14 September 2019.

Menurut kenyataan yang ditandatangani bersama Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, Muafakat Nasional Selangor sedar kejayaan penyatuan ummah tersebut akan menggugat kedudukan musuh politik kedua-dua parti khasnya Pakatan Harapan

Katanya, Pakatan Harapan sangat berharap agar muafakat PAS dan Umno dapat dipecahkan di negeri itu dengan pelbagai usaha dilancarkan untuk menggagalkan usaha tersebut.

“Muafakat Nasional Negeri Selangor ingin menegaskan komitmen kami untuk menjayakan Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangini kedua pimpinan tertinggi parti PAS dan Umno pada 14 September 2019 yang lalu.

“Sejak itu kedua parti telah bergerak memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dipelbagai peringkat sehingga ke akar umbi di kesemua 22 kawasan Parlimen negeri ini selain menyeru rakyat khususnya umat Melayu Islam di negeri ini untuk bersama mendukung dan menyokong proses penyatuan ummah yang diusahakan oleh MN,” katanya.

Menurutnya, MN Selangor tidak akan berputus asa memastikan penyatuan umat Melayu Islam di negeri tersebut dapat dijayakan.

Penyatuan dan kerjasama itu diharapkan pada akhirnya membolehkan Muafakat Nasional merampas kembali negeri Selangor dari Pakatan Harapan yang didakwa didominasi parti DAP.

“MN Selangor ingin menyeru seluruh jentera PAS dan Umno Negeri agar terus berkerjasama dengan lebih mantap dan sentiasa meletakkan firman Allah swt yang berikut sebagai pedoman dan sempadan:

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar” (Al Anfaal 46),” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah suasana panas berikutan ucapan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika bersama Skuad Sabil dan Pemuda UMNO Terengganu sempena Majlis Amanat 500 jam Sanitasi Awam Pemuda UMNO, Jumaat lalu.

Petikan ucapan itu yang ditularkan, seolah-olah menunjukkan Asyraf Wajdi menyokong UMNO supaya melawan Pas di Terengganu dalam PRU-15 kemudian tular di media sosial dan mengundang reaksi negatif penyokong Pas.

 

 

 

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button