JenayahNasionalNegeri

Dua beradik dengan kaki diikat rantai besi ditemui di titi Jalan Tambun Tulang

Tiga beradik dengan dua daripadanya ditemui dengan keadaan kaki diikat dengan rantai besi di titi Jalan Tambun Tulang, Simpang Empat yang menghala ke Utan Aji, Kangar pada pukul 10.55 malam tadi.

Lebih menyedihkan dua dari tiga beradik yang berusia 13, 14 dan 16 tahun ini adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Dua beradik dengan kaki dirantai besi ditemui di titi Jalan Tambun Tulang, Simpang Empat yang menghala ke Utan Aji, Kangar, malam tadi.

Semasa penemuan ini, kaki kanan kanak-kanak berusia 16 tahun yang memegang OKU Masalah Pembelajaran telah diikat rantai besi dengan kaki kiri kanak-kanak yang berusia 13 tahun.

Cuma kanak-kanak berusia 14 tahun yang memegang kad OKU masalah pendengaran sahaja tidak diikat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Assisten Komisioner, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, Balai Polis Simpang Empat telah menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang memberitahu telah menemui tiga beradik ini di tempat kejadian.

Rumah yang didiami oleh tiga beradik di mana dua dirantai dengan besi di Tambun Tulang, Perlis.

Berikutan itu katanya, wanita berusia 46 tahun yang dipercayai ibu kepada tiga beradik ini dan seorang lelaki berusia 31 tahun telah ditahan.

“Polis telah mendapat perintah reman dari mahkamah untuk menahan kedua suspek selama seminggu mulai hari ini sehingga 31 Mac,” katanya.

Beliau berkata, kes yang berkaitan penderaan kanak-kanak ini akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, ia membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Yusharifuddin berkata, hasil siasatan awal mendapati ketiga kanak-kanak ini dipercayai telah dikurung dan dirantai di dalam rumah oleh ibu mereka yang tidak tinggal bersama mereka.

“Lain-lain maklumat belum diperoleh kerana mereka enggan bercakap,” katanya.

Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar bagi menjalani pemeriksaan.

“Hasil keterangan awal ibu kepada kanak-kanak ini menjelaskan tentang sikap ketiga-tiga anaknya yang sukar dikawal sehingga bertindak merantai kanak-kanak tersebut,” katanya.

Tambahnya, ketiga-tiga kanak-kanak tersebut kini dalam keadaan stabil, tidak menunjukkan sebarang trauma atau ketakutan. – SM

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button