Hiburan

Kasihan isteri urus empat anak kecil, Jamal Abdillah lupa hasrat tambah zuriat

Penyanyi Datuk Jamal Abdillah melupakan hasrat untuk menambah lagi cahaya mata kerana kasihan dengan isterinya, Datin Zai Izzati yang menguruskan empat anak kecil.

Memetik Harian Metro, Jamal berkata dia bersimpati dengan isterinya yang tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang sedang membesar.

“Buat masa ini biar dululah.. Bukan apa, saya tak sanggup tengok isteri saya jaga seharian dengan ada pembantu pun tak cukup juga.

“Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil. Tak menang tangan dan kasihan saya melihat orang rumah saya. Jadi saya rasa memang cukuplah, buat masa ini. Saya tak sanggup tengok orang rumah saya,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal berkata dia memiliki empat cahaya mata sudah cukup serta isterinya turut dinasihatkan oleh doktor agar tidak hamil kerana setiap kelahiran dijalankan secara pembedahan.Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button