Politik

Akar umbi UMNO mohon jawatan Presiden dan Timbalan dipertandingkan

Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU22) bakal melabuhkan tirainya beberapa jam lagi setelah diadakan bermula pada 11 Januari yang lalu.

Menyoroti persidangan demi persidangan, rata-rata perwakilan yang berucap cuma meluahkan isi hati tentang kekecewaan dan jawatan dalam parti.

Tiada seorang pun yang bercakap soal bahayanya Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) kepada Malaysia.

Tiada seorang pun yang bercakap tentang perlunya menyokong cadangan Pejabat Peguam Negara yang mahu mengangkat Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Melayu sebagai teks berautoriti.

Tiada seorang pun yang bercakap soal ancaman terhadap agama dan akidah umat Islam yang berpaksikan ahli sunnah wal jamaah al-asyairah wal maturidiyah.

Majoriti cuma mengulang beberapa perkataan berkait dengan agama, bangsa dan negara tanpa mendalami beban dan tanggungjawab ke atasnya.

Ketika melakukan tinjauan di perkarangan Pusat Dagangan Putra (WTC), Kuala Lumpur, rata-rata akar umbi meluahkan rasa kecewa apabila parti yang seperti mahu hanyut masih melakukan kesilapan.

Antaranya terus-menerus bercakap soal jawatan, masa hadapan serta survival parti namun pelaksanaannya tetap tidak berjalan seperti yang dirancang.

Bagi mereka adalah lebih baik parti yang telah kalah ini kembali kepada matlamat perjuangan UMNO yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu di tanah air ini.

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button