Nasional

Samakan polis dengan anjing, Diana Mat ditahan

SEORANG wanita yang menggunakan nama Diana Mat untuk memuat naik status berbaur kecaman dan ugutan kepada polis di media sosial ditahan malam semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd. Fadzil Ali berkata, wanita itu ditahan kira-kira pukul 9 malam.

“Kita telah menerima laporan polis berkaitan akaun media sosial wanita berkenaan.

“Antara perkataan kesat dan berunsur ugutan yang dimuat naik ialah “aku pusing balik rempuh korang”; “penguatkuasa sama mcm hanjing”; “Kau dengan penjenayah sama je”; “Anjinglah kau” dan “bangsat punya polis Putrajaya”, katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd. Fadzil, selain tangkapan, pihaknya turut merampas peranti berupa telefon bimbit milik wanita itu yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia Malaysia 1998. -SM

(Visited 2,071 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button