Mahkamah

Naib Presiden Warisan diarah bela diri kes guna dokumen palsu

NAIB Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony diarah membela diri atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), tujuh tahun lepas.

Peritah tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Peter, 50, di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 3 hingga 7 Januari 2022 untuk bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah
itu untuk membela diri. – Bernama

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button