Luar Negara

Lebih dua juta jemaah haji mula berwukuf hari ini

MEKAH: Lebih dua juta jemaah haji mula berwukuf di Arafah hari ini bagi menyempurnakan satu daripada enam rukun haji.

Waktu wukuf bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari (waktu Arab Saudi) atau sekitar jam 5.30 petang waktu Malaysia.

Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Arafah secara berperingkat bermula pada pukul 7.30 pagi tadi.

Jemaah dijangka akan bergerak ke Muzdalifah bermula pukul 6.30 petang sebelum bermalam di Mina.

Jemaah kemudian akan mula melontar selama empat hari sehingga Sabtu ini, 13 Zulhijjah.

Tahun ini menyaksikan ibadat haji kembali ke kapasiti penuh selepas tiga tahun sekatan akibat pandemik COVID-19.

Ibadah haji tahun ini memberi cabaran buat jemaah, dengan suhu mencecah hampir 45 darjah Celcius.

Pihak berkuasa Arab Saudi memaklumkan lebih 32,000 pekerja kesihatan bersiap sedia untuk membantu jemaah yang mengalami strok haba, dehidrasi dan keletihan.

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button