Nasional

Covid-19: PM mengadap Sultan Johor

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Baharu semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Facebook rasmi baginda, kunjungan yang dilakukan Muhyiddin merupakan pertama kali dilakukan sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Tambahnya, pertemuan yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Azmi Rohani itu turut membincangkan isu semasa berkenaan Coronavirus (Covid-19).

[BACA] COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih – Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: 15 sembuh, 110 kes baharu hari ini — Suara Merdeka

Sementara itu, dalam ruangan komen di Facebook baginda, netizen mengharapkan sesuatu yang positif diputuskan dalam pertemuan selama kira-kira sejam itu.

Antara diharapkan adalah mengenai langkah khas ketika Perintah Kawalan Pergerakan bagi rakyat Malaysia tinggal di Johor yang bekerja di Singapura.

ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia melakukan saringan terhadap orang ramai yang melalui pintu masuk Johor – Singapura di Johor Bahru sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. – Gambar FACEBOOK ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH JOHOR BAHRU
[BACA] Tun M dikuarantin selepas bertemu MP Bandar Kuching — Suara Merdeka

“Syukur, Perdana Menteri bertemu sultan kita. Berharap ada perubahan segera terhadap rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Harap yang terbaik, daulat Tuanku,” luah Shanu Tini.

“Harap ada perbincangan yang baik. Suami saya perlu ke Singapura untuk bekerja untuk menyara saya dan keluarga kami,” kata Sheela Ramachandran.

“Semoga dapat mengatasi segala kesulitan rakyat Johor amin… Daulat tuanku,” komen Azizah Raja Abdullah.

“Harap tuanku dapat bantu warga Johor yang ulang-alik bekerja di Singapura setiap hari sudah tergendala. Semoga pihak kerajaan melonggarkan sedikit. Daulat tuanku,” ujar Vijay Selvan.

[BACA] MB Johor jangan buat kerja gila! — Suara Merdeka

Terdahulu Hasni Mohammad mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya diberi pelepasan khas kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) pada Rabu lalu bagi memberi pelepasan kepada pekerja yang memiliki pas kerja yang dikeluarkan oleh kerajaan kedua-dua negara.

[BACA] Covid-19: Kematian di Itali sudah mengatasi China — Suara Merdeka

Pelepasan khas itu juga bagi memberi kebenaran kepada kargo komersial yang membawa barangan keperluan serta pergerakan pekerja pakar profesional antara Malaysia dan Singapura. – SM

(Visited 618 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button