Agama

Salam Tahun Baru Hijrah 1447: Jemaah KT95B Syukur Sambut Awal Muharam di Tanah Suci

Mekah, 26 Jun 2025 – Sempena kedatangan Tahun Baru Hijrah 1447, jemaah haji KT95B, Mohd Yusri bin Yusop, menzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang menjadi tetamu Allah dan menyambut awal Muharam di Kota Suci Mekah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Tabung Haji dan agensi pelaksana, CS Holidays, atas pengurusan ibadah haji yang cemerlang dan konsisten menerima pujian daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

Dalam pada itu, Mohd Yusri meluahkan rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan Kota Mekah pada petang Jumaat (waktu Arab Saudi) untuk meneruskan perjalanan rohani ke Madinah.

Sambutan Tahun Baru Hijrah kali ini disambut dengan penuh keinsafan dan semangat baru dalam kalangan para jemaah yang kini berada di Tanah Suci.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button