BanjirBelang Bertempat

Salah siapakah banjir teruk di Selangor

AIR masih belum surut di kawasan perumahan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor dengan ramai penduduk terjejas akibat banjir yang melanda, masuk hari ketiga, hari ini.

Permainan menunding jari bermula.

1.  Sepanjang saya tinggal di Shah Alam selama 12 tahun, dari tahun 2009, tidak pernah saya alami hujan tidak berhenti-henti selama lebih kurang 36 jam. Hampir 1 hari 1/2.

Seolah-olah di hujung Disember ini, langit menangis tidak henti-henti.

2.  Segala jalan darat untuk masuk dan keluar ke Shah Alam dan Klang, tiba-tiba terputus.

Dato’ Jamal Abdillah pun tidak boleh masuk ke dalam kawasan rumah beliau di Shah Alam (berdekatan dengan Stadium Shah Alam). Tok Jamal pun tidur di dalam kereta. Pagi air surut, baru dia pulang ke rumah.

3.  Tol di Bukit Jelutong di tutup sepenuhnya. Air naik sudah umpama sebuah tasik yang besar.

Kereta-kereta terkandas di situ lebih daripada 8 jam.

Ahli-ahli Jemaah Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, mengambil tindakan pro-aktif menyelamatkan mereka. Panggil mereka berteduh di masjid. Makan minum di sediakan. Tempat berehat dan tidur juga di sediakan. Tempat mandi dan tandas.

Sesungguhnya Masjid yang moden seperti Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah ini bukan sahaja mempunyai ruang untuk solat tetapi dewan untuk adakan majlis dan lain-lain faciliti seumpamanya. Seolah-olah seperti satu kompleks.

Pembinaan Masjid ini, sebahagian besarnya adalah sumbangan dari penduduk-penduduk Bukit Jelutong, Sime Darby Property dan Sultan Selangor, yang amat bermurah hati.

4.  Menurut Kementerian Alam Sekitar dan Air, hujan lebat seumpama ini selama melebihi 24 jam, pada satu area yang sama, adalah bersamaan dengan *Purata Hujan Dalam Satu Bulan iaitu 30 hari.*

5.  Perkara seumpama ini berlaku hanya sekali dalam 100 tahun.

Amat tidak di duga.

Hujan yang bermula pada malam 17hb. Disember, tidak berhenti-henti di kawasan Shah Alam dan Klang. Taburan hujan juga berada di satu tempat sahaja, adalah amat luas biasa.

6.  Phenomena ini berlaku kerana faktor angin monsun dari Laut China Selatan yang bertiup akibat tekanan rendah cuaca.

Faktor cuaca ini telah pun di kenal-pasti oleh Jabatan Meteorologi pada 12 Disember 2021.

Dan pada 16 Disember, Monsun ini bergerak dari Pahang ke Pantai Barat iaitu ke Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, mengakibatkan hujan tidak berhenti-henti selama lebih daripada 24 jam.

7.  Kejadian ini amat luar biasa kerana pada kebiasaannya hanya negeri-negeri di pantai timur sahaja yang akan mengalami taburan hujan yang sebegini banyak tanpa henti.

Tengahari tadi 3 mayat di jumpai di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Jumlah kematian semakin meningkat.

8.  Di Negeri Selangor tidak di ketahui secara khusus kenapa banjir besar seumpama ini berlaku selepas kali terakhir pada tahun 1971 dahulu.

Iaitu 50 tahun yang lalu.

9.  Pandemik berlaku setiap 100 tahun.

Banjir ini berlaku setelah 50 tahun yang lalu.

Begitu besar dugaan Rakyat Negeri Selangor kali ini. Baru mahu bernafas akibat tekanan ekonomi berhadapan dengan Pandemik Covid, datang pula musibah banjir.

10.  Walau bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor harus melihat semula pembangunan-pembangunan yang di bina sekitar bandar Shah Alam ini terutama di Seksyen 13 berdekatan dengan Stadium Shah Alam.

Ada sebuah apartment di bina betul-betul bersebelahan dengan sungai. Adakah ini reserve sungai ?

Dan begitu banyak apartmen-apartmen baru dibina, mengambil tanah yang telah di simpan oleh Kerajaan terdahulu untuk membina infrastruktur sukan.

MSU Universiti juga di luluskan pembinaannya bersebelahan dengan Sungai Damansara.

Adakah ini tindakan yang betul ?

11.  Kita perlukan kawasan reserve sungai yang besar, bagi untuk melebarkan sungai-sungai ini dari masa kesemasa. Agar sekiranya berlaku hujan tanpa henti, sungai yang besar boleh menampung aliran air yang banyak.

Manakala, Sistem perparitan di kawasan bandar juga perlu di lihat semula dan di naik tarafkan.

Sungai-sungai yang tersekat dengan sampah, juga perlu di bersihkan.

Jangan hanya harapkan Kementerian Alam Sekitar dan Air, ini juga merupakan tanggung-jawab Kerajaan Negeri dan Rakyat Jelata.

12.  Kebersihan Sungai, Parit dan Alam Sekitar, adalah sudah menjadi tanggung-jawab bersama. – SM

(Visited 1,009 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button