Nasional

Salah guna surat kebenaran MITI-premis jual arak diarah tututup

PARA peniaga diingatkan supaya tidak menyalahgunakan surat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sewenang-wenangnya. Akibatnya, premis perniagaan akan diarahkan tutup.

Demikian amaran Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Anuar Omar susulan sebuah premis perniagaan diarah tutup selepas didapati menjual minuman keras semata-mata yang bukannya di bawah kategori barangan keperluan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

Anuar berkata, seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa sebuah premis menjual minuman keras dengan surat kebenaran beroperasi daripada MITI untuk peruncitan makanan dan minuman seperti yang tular di media sosial.

“Pihak polis mengambil tindakan dengan memberi nasihat dan mengarahkan premis tersebut ditutup.

“Ekoran itu, pihak premis akur dan mengambil tindakan seperti yang diarahkan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.


Semalam, kumpulan perniagaan yang keliru sama ada penjualan arak kini dilarang, mempertikaikan serbuan polis ke atas sebuah kedai menjual minuman keras di Bangsar.

Anuar yang dilaporkan mengesahkan serbuan itu berkata, mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara, “semua kedai yang menjual minuman beralkohol mesti ditutup segera seperti kilang Carlsberg”.

“Arak tidak dianggap minuman perlu. Tiada keperluan untuk mensensasikan perkara ini kerana ia perintah kerajaan untuk membantu mengekang penularan Covid-19,” kata Anuar.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan pelanggaran SOP dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – FMT – SM

(Visited 80 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button