Mahkamah

Saksi sahkan transaksi tiada ruang kesalahan undang undang

EMPAT orang saksi ditampilkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dalam prosiding sambung bicara kes membabitkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Saksi pertama pagi tadi, saksi pendakwaan ke-75 iaitu Pengurus Cawangan Bank CIMB di Changkat Duta Kiara, Bukit Kiara, Yap Mary, 40.

Beliau diminta melihat semakan dokumen berkaitan syarikat Ri-Yaz Asset Sdn. Bhd., pembukaan authorise signatory, Tan Sri Abd Rashid Abd Manaf, Datuk Mohammad Shaheen Shah Mohd. Sidik dan Choo So Yie.

Saksi turut membuat pengecaman cek RM254,879 bertarikh 15 Julai 2017 dibayar kepada Lewis & Co serta clearing cheque RM8.348 juta pada 8 Mei 2017 oleh Ri-Yaz Asset kepada Lewis & Co.

Barisan peguam pagi tadi diketuai Datuk Ahmad Zaidi Zainal bersama Hamidi Mohd. Noh dan Haziq Dhiyauddin Razali.

Dalam pemeriksaan balas terhadap oleh Haziq, saksi memberitahu sebagai banker yang juga pengurus di CIMB Bank Bhd., Ri- Yaz Asset adalah klien mereka.

“Setuju syarikat ini menjalankan perniagaan tourism dan hospitality,” kata Mary.

Dia mengakui betul dan dirujuk kepada dua cek iaitu cek pertama dan kedua; dan semua transaksi direkodkan dan dinyatakan dalam akaun.

Ditanya apakah tujuan pelaburan dalam syarikat, Mary berkata, itu kena tanya Ri-Yaz Assest kerana beliau tidak tahu.

Dia turut bersetuju, tiada apa-apa disembunyikan dan transaksi tiada ruang kesalahan undang undang.

“Dia ada duit dalam.. dia isu cek, he can issue the cek. It’s all ada data. Tak ada apa-apa disembunyikan. I’m just a banker,” kata saksi.

Sementara itu, bekas saksi ke-76 yang merupakan bekas Pengerusi Eksport Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid bahawa tidak menjadi masalah bagi pihaknya untuk sesiapa sahaja yang menjelaskan wang pinjaman diberikan bank berkenaan.

Ditanya Ahmad Zaidi, adakah saksi tahu segala jumlah bayaran (tunggakan) telah dikembalikan berikutan Nurulhidayah tidak meneruskan niat untuk membeli saham itu, saksi menjawab “ya tahu”.

Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 27 Julai ini. – SM

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button