Mahkamah

Saksi sahkan semua transaksi masuk ke akaun Lewis & Co

Perbicaraan kes Ahmad Zahid

SAKSI pendakwa ke-85, Sothilechmy A/P Veerapan, 49, mengesahkan kesemua transaksi yang masuk ke akaun Lewis & Co telah ditukarkan kepada Simpanan Tetap (Fixed Deposit) dan direkodkan di dalam fail mereka dan penyata akaun (statement of account) mereka.

Beliau juga mengesahkan, wang itu dipegang untuk yayasan yang mana ia adalah untuk tujuan kebajikan atau charity.

Saksi berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memegang jawatan sebagai Akauntan di Lewis & Co itu berkata demikian dalam prosiding sambung bicara kes berkaitan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Seperti biasa, prosiding perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Semalam seorang saksi pendakwa, Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Yaz Assets Sdn. Bhd., Datuk Seri Mohammad Shaheen Shah Mohd. Sidek dipanggil untuk memberi kenyataan.

Pada Isnin lalu, Pengurup Wang Omar Ali hadir memberi kenyataan dan semalam, beliau dipanggil semula untuk pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid.

Berbalik kepada kenyataan saksi hari ini, Sothilechmy ketika menjawab soalan TPR Gan berkata, Yayasan Al Falak adalah klien kepada Lewis & Co.

Sejak mahkamah bersidang pagi tadi (9.30 pagi) sehingga pukul 11.31 pagi, Sothilechmy membuat pengesahan kepada kenyataan bertulisnya setebal 52 mukasurat yang mengandungi 200 perenggan.

Selain itu, beliau turut membuat pengecaman ada menerima atau dapat kemukakan resit dalam Simpanan Tetap (Fix Deposit) cek-cek yang dimasukkan ke akaun Lewis & Co ketika menjawab soalan TPR sebagai soalan tambahan.

Untuk rekod, barisan peguambela Ahmad Zahid diketuai Hisham Teh Poh Teik manakala pihak pendakwaan sambung bicara hari ini dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Gan Kheng Fatt.

Hadir sama di mahkamah, wakil peguam yang merupakan peguam pemerhati dari Lewis & Co. Terdahulu, saksi-saksi yang dipanggil oleh pihak pendakwaan tidak dihadiri oleh peguam pemerhati.

Keterangan saksi akan bersambung semula pada 10 Ogos depan seperti ditetapkan tarikhnya oleh mahkamah. – SM

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button