Nasional

Sistem kesihatan negara berhadapan tekanan, kapasiti hospital 83%

SISTEM kesihatan negara kini berhadapan dengan tekanan ekoran kes Covid-19 semakin meningkat dengan kapasiti katil hospital sudah mencecah 83 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehubungan itu bantuan rakyat amat diharapkan dalam usaha memutuskan rantaian pendemik ini.

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

“Pada 20 Mei 2021, kadar penggunaan katil ICU Covid-19 secara keseluruhannya di seluruh negara telah mencapai 83 peratus.

“Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan anda untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” katanya di twitter.

Katanya, orang ramai diminta melakukan kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah.

“Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kpd SOP.

“Majikan diseru memberi kebenaran kepada pekerja bekerja dari rumah dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa,” katanya.

Jangkitan Covid-19 semakin serius apabila 6,806 kes dilaporkan semalam dengan 59 kematian.

Situasi di Selangor semakin kritikan  apabila mencatatkan 2,277 kes positif semalam yang mana negeri itu memerlukan satu pelan kontigensi. – SM

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button