Mahkamah

Saksi ke-63 sahkan pembelian banglo untuk buat sekolah agama

Kes sambung bicara Ahmad Zahid

oleh HASNURUL MOHAMED

SAKSI ke-63, Datuk Eric Leong Chong Long, 52, memberi kenyataanya dengan jelas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bahawa pembelian banglo-banglo di Country Heights adalah untuk buat sekolah agama.

Eric yang juga merupakan seorang ahli perniagaan memberitahu demikian di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika disoal balas oleh peguam Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Mohd. Haziq Dhiyauddin Razali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi meminta Eric memberitahu mahkamah tentang perkenalannya dengan Datuk Nasaee.

“Saya kenal Datuk Nasaee kerana dia jiran saya dan mengenalinya selama lapan tahun.

“Dia warded di Prince Court hari ini. Ya saya boleh cam Datuk Nasaee.

“Tan Sri Lee Kim Yew saya sudah kenal lama.

“Matahari anak Tan Sri Lee dia yang jaga property sekarang,” kata Eric.

Dalam pemeriksaan balas oleh peguam Mohd. Haziq, Eric diminta membaca perenggan 9 kenyataan bertulisnya yang telah ditanda oleh mahkamah selepas beliau mengakui kenyataan itu adalah kenyataan bertulisnya dan ditandatanganninya.

“Ya, pembelian dua lot banglo utk buat sekolah agama,” kata Eric.

Timbalan Pendakwa Raya memohon kepada mahkamah agar saksi dilepaskan dan dibebaskan. – SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button