Parlimen

Covid-19: Pembangkang gesa menteri dikuarantin

AHLI Parlimen pembangkang mengesa Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun supaya mengarahkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Seri Nancy Shukri kuarantin diri daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Gesaan itu dibuat selepas terdapat arahan agar kakitangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melakukan kuarantin diri selepas salah seorang petugasnya disahkan positif Covid-19.

“Bangunan Motac Kementerian ini, ada pekeliling yang meminta kakitangan Motac untuk melakukan kuarantin.

“Jadi saya mahu bertanya adakah ini termasuk menteri Batang Sadong supaya tidak datang ke Dewan Rakyat kerana dia perlu kuarantin diri,” tanya Ahli Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga bekas menteri kesihatan turut menggesa agar Nancy dikuarantin seperti yang digariskan dalam prosedur operasi standard.

“Patutnya dia perlu kuarantin diri selama 14 hari. Saya minta SOP ini diikut juga oleh menteri.

“Keputusan negatif itu tidak mengizinkan beliau terus berada di sini,” kata Dzulkefly.

Sementara itu Azhar meminta tempoh kepada ahli Parlimen untuk menyiasat perkara tersebut.

“Saya tidak tahu menahu perkara ini. Saya perlu periksa. Saya tidak tahu details. Saya telah difahamkan bahawa pagi tadi YB Menteri telah membuat ujian di klinik swasta dan beliau disahkan negatif.

“Saya difahamkna telah dibuat kenyataan media mengenai isu ini, tapi saya difahamkan beliau negatif. Kena rujuk kepada kenyataan media. Kalau boleh saya diberi masa,” kata Azhar.-SM

 

 

 

 

 

 

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button