PolitikUncategorized

Saya tetap menjunjung kesetiaan selagi prinsip, dasar parti kekal – Tun Faisal

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau akan kekal selagi parti mengekalkan prinsip dan dasarnya.

Tun Faisal yang digantung enam tahun daripada UMNO berkata, setakata ini sambutan ulang tahun Barisan Nasional (BN) ke-48 dengan semangat luar biasa kepimpinan dan ahli-ahli BN. Ini tergambar jelas di dalam Dewan Merdeka.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri membuktikan bahawa BN sejak mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan merupakan komponen penting dlm pembentukan kerajaan sedia ada. Peranan pemimpin BN penting ketika negara bergelut dgn pandemik Covid19 dan meyakinkan ketika membawa keluar negara dari kemelut ketidak stabilan politik yang menggugat negara seterusnya membawa rakyat melalui fasa peralihan endemik secara berhati2 tetapi pasti.

“Tema Kestabilan dan Kesetiaan kena pada ketikanya, kerana di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri, kestabilan politik dicapai melalui permuafakatan politik yg belum pernah berlaku sepanjang 55 tahun kemerdekaan negara dan melaluinya negara dapat dibawa keluar ke fasa peralihan endemik dan pemulihan sosial dan ekonomi. Dan selepas 22 bulan di bawah Pakatan Harapan, saya yakin rakyat sendiri boleh menilai bahawa BN masih parti yang terbaik dalam soal pentadbiran negara dan menjaga kebajikan rakyat. BN tidak berjanji bulan bintang atau menggula-gulakan pengundi dengan janji populis yang tidak boleh ditunaikan, sebaliknya berjanji perkara yg boleh dilaksanakan dan ditunaikan mengambil kira kemampuan negara.

“Kesetiaan juga penting, kerana selepas mengharungi 22 bulan penuh kesengsaraan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, 17 bulan kesukaran memerangi pandemik COVID-19 dan mengharungi kekacauan politik, hanya yang setia dan cekal sahaja akan kekal bersama parti untuk meneruskan dan mempertahan prinsip-prinsip perjuangan parti. Yang tidak setia sudah hilang ke mana-mana,” katanya.

Kata Tun Faisal, BN bukan parti sempurna. Sudah tentu ada kelemahan di sana sini dan dalam kalangan pemimpin tertentu. Dalam kes saya, saya sendiri telah dihukum secara tidak adil oleh pihak tertentu. Tetapi soal peribadi harus dibezakan dari soal parti dan dasarnya.

“Saya tetap menjunjung prinsip kesetiaan ini selagi prinsip dan dasar parti kekal. Biarpun telah dihukum secara tidak adil, kesetiaan saya kpd parti dan perjuangan tidak tergugat.

“Bagi saya, penentangan saya terhadap pemimpin tertentu adalah ketika prinsip dan dasar parti dilanggar, dan ia bukan penentangan terhadap batang tubuh dan bersifat peribadi. Selepas semuanya selesai dan prinsip-prinsip serta dasar ini dipegang kembali, saya sudah tiada sebab menentang mereka lagi. Bagi saya ini bukan soal peribadi, tetapi hanya berkaitan prinsip dan dasar parti. Yang baik untuk perjuangan dan parti, insyaAllah saya boleh sokong dan dukung sepenuh hati,” katanya.

Beliau juga mendoakan BN terus diberi mandat memimpin dan mentadbir negara ini. Semoga BN terus cemerlang dalam mengangkat kedudukan negara, menjaga kebajikan rakyat dan mempertahan prinsip-prinsip yang menjadi asas keharmonian dan kesatuan negara ini.

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button