NasionalNegeriPendidikan

Fiber Optik: Kolej Komuniti Padang Terap perkemas pelajar pensijilan profesional

KOLEJ Komuniti Padang Terap (KKPT) telah menganjurkan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan – Pensijilan Kecekapan Fiber Optik dari 14 hingga 17 Ogos.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Mohd Aishamuddin (dua dari kiri) menyampaikan sijil kolaborasi kepada Abdul Malek pada majlis penutupan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan – Pensijilan Kecekapan Fiber Optik di KKPT hari ini. – Gambar Ihsan KKPT

Majlis perasmian penutup program ini dilakukan oleh Pengarah KKPT, Ir. Ts. Mohd Aishamuddin Yaakob di Dewan Persidangan KKPT hari ini.

Hadir sama wakil NurKamal Network Sdn. Bhd. , Abdul Malek Khatar Ismail.

Mohd Aishamuddin dalam ucapannya berkata, program ini dianjurkan selaras dengan peluang pekerjaan dalam bidang Fiber Optik terus meningkat naik masa kini ekoran perkembangan pesat dalam teknologi 5G.

Antara pelajar yang menerima sijil daripada Abdul Malek sambil disaksikan Mohd Aishamuddin (dua dari kanan) pada majlis penutupan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan – Pensijilan Kecekapan Fiber Optik di KKPT hari ini. – Gambar Ihsan KKPT

Beliau berkata, menerusi program ini akan melatih peserta sehingga berjaya memperoleh pensijilan profesional yang diiktiraf oleh NIOSH dan Telekom Malaysia.

“Graduan TVET yqng mempunyai pensijilan profesional yang diiktiraf oleh industri ini berpeluang cerah untuk memperoleh pekerjaan serta dengan tawaran gaji premium,” katanya.

Mohd Aishamuddin berkata, program ini dikendalikan oleh pihak industri iaitu Nurkamal Network Sdn. Bhd.

“Ia melibatkan 15 peserta yang terdiri daripada pelajar tahun akhir KKPT yang masih belum bekerja,” katanya.

Mohd Aishamuddin semasa berucap pada majlis penutup Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan – Pensijilan Kecekapan Fiber Optik di KKPT hari ini. – Gambar Ihsan KKPT

Katanya, selepas tamat program, pihak industri iaitu Nurkamal Network Sdn Bhd akan menawarkan pekerjaan kepada seluruh peserta dengan gaji premium yang sesuai dengan kelayakan peserta.

Beliau berkata, kerjasama antara KKPT dan industri ini, akan memberi impak yang besar kepada graduan TVET khususnya peluang pekerjaan dan mencapai sasaran gaji premium dicadangkan oleh pihak kerajaan.

“Dalam program ini juga, pihak industri telah menaja 7 orang pensyarah KKPT untuk mendapatkan pensijilan profesional ini,” tambahnya. – SM

BACA Opcom dapat kontrak bekal kabel fiber optik TM

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button