Parlimen

Sains dan fakta kasihatan sebabkan Parlimen ditangguh

Penangguhan sidang Parlimen dibuat berdasarkan sains dan fakta kesihatan.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekaligus menolak andaian kononnya Dewan Rakyat ditangguh berdasarkan sentimen politik.

Tambah Ismail Sabri keputusan itu dibuat menerusi nasihat khas Kementerian Kesihatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat supaya Parlimen ditangguhkan.

Nasihat itu dikeluarkan kerana bimbang berlaku penularan jangkitan Covid-19 di Parlimen berdasarkan peningkatan kes positif selepas ujian calitan dilaksanakan.

“Pagi sebelum persidangan pada hari pertama bermula kita ada mesyuarat khas yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, saya sendiri hadir dan wakil-wakil parti dan pada waktu itu pandangan daripada Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah) ada dua perkara.


“Pertama, Parlimen perlu ditangguhkan kerana kebimbangannya kes meningkat di Parlimen dan kedua kalau boleh dikurangkan masa perbahasan iaitu sehingga pukul 2 petang dan dikurangkan jumlah yang masuk ke dalam Parlimen maksimum 80 orang.

“Tetapi perkara itu tidak dilakukan, apa dikatakan pagi itu, kita tidak tahu lagi, pandangan takut berlaku peningkatan kes, hanya takut, belum berlaku lagi dan kata kita cuba bersidang dulu,” jelas beliau.

Semalam media melaporkan hari terakhir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat yang dijadual pada Isnin ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, kata Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat.-SM

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button