Politik

Saiful Bukhari pengadu diliwat Anwar masuk Bersatu

BEKAS pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan yang pernah mendakwa diliwat oleh Presiden PKR itu mengumumkan menyertai parti Bersatu hari ini.

Saiful Bukhari berkata, permohonan keahliannya untuk menyertai parti yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu telah diluluskan semalam

Menurutnya, penyertaan dalam parti politik selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan bagi setiap warganegara.

Katanya penyerataan dalam Bersatu bukan untuk agenda peribadi sebaliknya untuk agama, bangsa dan tanah air.

“Bak kata pepatah, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”.

“Setelah 12 tahun berada dalam kancah politik negara dengan tidak berparti, pada hemat saya, sudah tiba masanya saya memilih satu wadah politik, menjadi ahli secara rasmi.

“Bukan untuk agenda peribadi, tetapi bagi meneruskan perjuangan pada Agama, Bangsa dan Tanah Air,” kata Sairul Bukhari.

Katanya dia membuat keputusan untuk menyertai Bersatu selepas beristikharah selama dua bulan.

Saiful Bukhari berkata, politik wajar dijadikan wadah penyatuan dan bukan untuk perpecahan.

“Prinsip saya, walau berlainan parti, ideologi politik, saudara tetap saudara, kawan tetap kawan,” katanya.

Sementara itu Saiful Bukhari meminta kepada parti lain yang mengundangnya menjadi ahli untuk tidak berkecil hati.

Katanya, tidak menjadi ahli tidak bermakna dia tidak berminat namun perjuangan tetap sama iaitu demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.

“Akhir kata, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana sudi menerima dan meluluskan permohonan keahlian saya.

“Insya-Allah, sebagai ahli, saya akan memberi taat setia pada parti dan pucuk pimpinan, mendukung matlamat tujuan parti, melaksanakan dasar-dasar parti, mematuhi perlembagaan, peraturan dan tataetika disiplin parti.

“Dengan ini, bermulalah episod baru dalam hidup saya. Mohon sokongan dan doa rakan-rakan sekalian,” kata Saiful Bukhari.

Pada 28 Jun 2008 Saiful Bukhari telah membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara.

Pada 7 Ogos 7 Ogos 2008 Anwar pada waktu itu penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat Saiful Bukhari di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar didapati bersalah pada 10 Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Ketua Pembangkang itu untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.-SM

(Visited 719 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button