Luar Negara

34 wanita dilantik pegang jawatan barisan kepimpinan di dua masjid suci

Arab Saudi melantik 34 wanita untuk memegang jawatan dalam barisan kepimpinan di dua masjid suci di Mekah dan Madinah, lapor Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid berkata pelantikan itu bertujuan untuk membangunkan lagi perkhidmatan yang disediakan buat pelawat yang mengunjungi masjid berkenaan.

“Ia sebahagian daripada perubahan kualitatif yang sedang dilaksana oleh kerajaan untuk kaum wanita Arab Saudi yang mempunyai kelayakan…,” menurut kenyataan itu.

Pada Ogos 2021, Arab Saudi melantik dua wanita sebagai pembantu kepada ketua Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Awal bulan ini, Arab Saudi mengumumkan pelantikan 32 wanita sebagai pemandu di bawah Program Pemimpin Kereta Api Ekspres Haramain.

Negara yang kaya dengan minyak itu telah mengambil beberapa langkah untuk memperkasakan wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk membenarkan wanita memandu dan mendaftar dalam perkhidmatan tentera.

— BERNAMA

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button