NegeriRencah Hidup

Pemangku Raja Perlis rasmi Klinik Dr Haji Othman terbaharu

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Klinik Dr Haji Othman yang baharu di Jalan Stadium Utama, Kampung Pondok, Kangar.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh pemilik klinik, Dr. Othman Romli dan isteri, Fadzilah Abu Bakar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen menyempurnakan simbolik pelancaran plaka khas di hadapan pintu masuk utama Klinik Dr Hj Othman.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Majlis perasmian itu turut diserikan lagi dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan kehadiran sekitar 500 tetamu serta pelbagai juadah menarik dan istimewa disajikan.

Kemuncak majlis apabila Pemangku Raja dan Raja Puan Muda berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran plaka khas di hadapan pintu masuk utama klinik tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra sempat berselfie pada perasmian Klinik Dr Haji Othman.

Sementara itu, Dr Faiez Datuk Dr Othman sebagai wakil pihak penubuhan klinik itu yang kini dikenali ‘KDHO Medical Clinic’ menjelaskan, ia bermula 3 Januari 1987 sebagai syarikat permilikan tunggal Dr. Haji Othman Romli dan kemudian telah berkembang kepada sebuah syarikat korporat atas nama Ummah Ulung Sdn Bhd.

Sebagai rekod, perasmian cawangan baharu ini adalah yang ke-4 Klinik Dr. Haji Othman.

BERGAMBAR kenangan…

Ia dilengkapi dengan fasiliti yang lebih baik, kawasan lebih luas dan kondusif diharapkan pemiliknya akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih efisien kepada para pelanggan dan pesakitnya. – SM

BACA Jangan abai rawatan susulan di klinik, hospital – Pemangku Raja Perlis

(Visited 665 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button