Ekonomi

Saham Serba Dinamik susut lebih 60 peratus selepas didagang semula,

SAHAM Serba Dinamik Holdings Bhd yang didagang semula hari ini menjunam sehingga 23 sen atau 65.71 peratus kepada paras terendah 12 sen.

Selepas sesi pagi Bursa Malaysia ditutup, saham syarikat itu didagangkan pada 13 sen dengan 430.9 juta saham bertukar tangan menjadikannya sebagai kaunter paling aktif didagangkan.

Dagangan saham Seba Dinamik telah digantung pada 27 Oktober 2021 ekoran kegagalannya bagi mematuhi Arahan Bursa Malaysia dengan dagangan terakhir pada 35 sen.

Sementara itu pada 5 Mei lalu, syarikat itu memberitahu mereka sedang mengkaji untuk merangka pelan bagi melaraskan keadaan kewangannya dan ia perlu mengemukakannya dalam tempoh lapan bulan.

(Visited 64 times, 1 visits today)


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button