Ekonomi

Saham CNERGENZ Berhad catat peningkatan 4.31 peratus di awal dagangan

KUALA LUMPUR 24 Mei – CNERGENZ Berhad (CNERGENZ),  yang didagangkan awal pagi ini mencatatkan 4.31 peratus atau 60 sen sesaham berbanding 58 sen harga tawaran awam permulaannya.

Melalui IPOnya, penyedia penyelesaian pembuatan elektronik terkemuka yang berpangkalan di Pulau Pinang, telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM58 juta, yang dijangka digunakan ke arah rancangan pengembangan kemudahan syarikat, aktiviti penyelidikan dan pembangunan, serta tujuan modal kerja am.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembekal, pelanggan, pelabur dan pemegang saham kami, yang telah menjadikan penyenaraian hari ini satu kejayaan dan peristiwa yang tidak dapat dilupakan.” kata pengerusinya Datuk Azman Mahmud.

Beliua mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Securities, UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd serta pihak lain yang terlibat dalam pelaksanaan IPO.

“Saya yakin bahawa CNERGENZ akan meneruskan trajektori pertumbuhannya, meningkatkan kehadiran dan operasi pasarannya melalui rancangan pengembangan dan pembangunan masa depannya. Kami percaya bahawa pengenalan CNERGENZ ke bursa saham akan membawa keterampilan yang lebih besar kepada pelabur, dan menyerlahkan kepentingan penyelesaian pembuatan elektronik dalam membina ekosistem pembuatan yang maju dan cekap di negara ini, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab elektronik dan semikonduktor global .” katanya.

Berpusat di Pulau Pinang, pangkalan pasaran CNERGENZ adalah terutamanya di Malaysia (kecuali Melaka dan Johor), menyumbang 71.9 peratus kepada hasil Kumpulan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 dan meluas ke pasaran luar negara di Vietnam dan Thailand.

UOB Kay Hian ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin, dan ejen penempatan untuk IPO CNERGENZ.

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button