NasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda hadir majlis Iftar Kerajaan Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksikan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyempurnakan majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Speaker Dewan Undangan Negeri, Rus’sele Eizan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menunaikan solat pada majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar.

Majlis iftar ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri yang dihadiri oleh pelbagai jabatan dan agensi, badan berkanun serta pemimpin masyarakat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan untuk menyempurnakan simbolik perasmian majlis iftar.

Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan tazkirah pada Majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar.

Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di samping mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Terdahulu itu, Mohd Shukri menyampaikan sumbangan kepada 64 anak yatim. – SM

BACA Raja Muda hadir Majlis Iftar Apresiasi Eks PerBah 2024

(Visited 42 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button