Mahkamah

Saham akhirat lebih bernilai berbanding duit – saksi

Saksi puji personaliti Ahmad Zahid, yakin padanya dan dipercayai

“PERSONALITI Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sangat saya kenali sejak dulu lagi. Ahmad Zahid banyak membantu membina masjid, membantu anak-anak yatim dan perjuangan beliau ke arah agama dan tuntutan Islam fisabilillah.”

Itu kenyataan saksi, Mohd. Jimmy Wong Abdullah, 58, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dalam MyEG yang tampil memberi keterangannya sebagai saksi pendakwaan ke-78  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam prosiding sambung bicara kes membabitkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Mohd. Jimmy yang bergelar Datuk memberitahu mahkamah di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa beliau sangat percaya yakin kepada Ahmad Zahid yang menggunakan wang pemberiannya untuk pembinaan masjid.

Oleh itu, beliau tidak pernah meragui wang  sebanyak RM9 juta yang diserahkan dalam bentuk banker’s cheque secara berperingkat-peringkat kepada Ahmad Zahid kerana ia memang bertujuan untuk pembinaan bukan satu tetapi dua buah masjid.

“Saya sangat percaya kepadanya (Ahmad Zahid). Saya serahkan 15 keping cek dan setiap kali saya serahkan cek, saya sudah akad dengan Datuk Seri Ahmad Zahid untuk membina masjid,” ujar Mohd. Jimmy sambil menambah, beliau yakin pemberian cek-cek berkenaan adalah untuk tujuan pembinaan masjid.

Mohd. Jimmy memberitahu mahkamah apabila sudah akad, itu bermakna ada beri (daripada Mohd. Jimmy) dan ada terima (Ahmad Zahid).

“Itu maksudnya akad dan memang ada. Setiap kali. It is very clear.

“Mengapa perlu ada resit? Tak perlu. Invois bukti pembayaran, saya kata, tidak perlu.

“Hubungan antara manusia, saya yakin, saya percaya. Nak tanya lagi, saya tidak dapat jawab la Tuan,” kata Mohd. Jimmy kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya, Haris Ong Jeffry Ong yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh saksi pendawaan itu.

Mohd. Jimmy mengakui, beliau pernah pergi sekali ke masjid yang terletak di Melaka ketika ia masih dalam pembinaan dan dapat mengecam masjid itu melalui gambar yang ditunjukkan kepadanya oleh peguam Hamidi Mohd. Noh.

Kata Mohd. Jimmy, beliau cam masjid berkenaan kerana bahagian belakang majis itu ada air dan ia merupakan masjid terapung.

Mohd. Jimmy turut memberitahu bahawa beliau tidak mahu namanya dicatit kerana pemberiannya adalah secara ikhlas.

“Saya tidak mahu nama saya dicatit. Ikhlas lebih baik. Kita bagi dengan keikhlasan dan 15 keping cek itu, memang cara ikhlas.

“Dalam MyEG, saya ada syer sebanyak antara RM10 juta hingga RM11 juta pada ketika itu dan saya tidak ambil sekaligus.

“Lebih memudahkan pihak pengurusan kewangan, Mr Chong terus bagi bankers cheque  pada saya. Tidak perlu saya buat dua kali kerja,” kata Mohd. Jimmy.

Beliau mengakui tidak ada meminta resit daripada Ahmad Zahid kerana adanya akad di antara mereka dan beliau juga tidak minta pelepasan cukai kerana baginya, saham akhirat lebih bernilai berbanding wang ringgi.

Pemeriksaan balas peguam Hamidi Mohd. Noh:

Peguam: Datuk Ahli Lembaga Pengarah MyEG.

Saham Datuk ketika itu 10 hingga 11 juta.

Saksi: Ya.

Peguam: 9 juta wang diberi dalam 15 bankers cheque untuk sumbangan sahaja. Tiada niat yang lain. Tidak ada kena mengena untuk dapat komisyen atau apa-apa?

Saksi: Ya. Saya non executive director dan saya tidak terlibat dengan daily operation.

Peguam: Saya katakana di sini, pemberian RM9 kita adalah untuk membuat dua masjid iaitu satu masjid di Melaka dan satu lagi masjid berdekatan dengan Country Heights.

Saksi: Ya, benar.

Peguam: Masjid ini disumbangkan utk pembinaan.

Saksi: Ya.

Peguam:  Ada air di belakang. Masjid terapung. Saksi: Ya

Peguam: Satu lagi masjid berdekatan Country Heights. Dekat dengan Sekolah Mahad Hamidiah

Saksi: Saya pernah dengar nama Mahad

(Saksi ditunjukkan gambat masjid sedang dalam pembinaan.)

 Yang ini saya tidak cam kerana dalam pembinaan. Saya tidak pergi tengok.

Peguam: Setuju dengan saya, sumbangan yang diberikan adalah untuk dua masjid, satudi Melaka dan satu di Country Heights. Saham akhirat yang disebut Datuk, boleh jelaskan. 

Saksi: Sebagai Islam, di akhirat lebih bernilai. Buat amalan . Paling baik sedekah inilah. Tambahan pula untuk masjid.. Kita manfaat pahala balasan untuk kita. Itu yang saya faham dan belajar.

Peguam: Pahala dengan duit, mana lebih penting?

Saksi: Pahala lebih mustahak.

Peguam: Datuk jika ada RM3 dalam poket, itupun akan diberi (sedekah)

Saksi: Saya setuju. Amalan saya, pastikan ada wang masuk dalam tabung jika saya ke masjid. Duit syiling pun saya masukkan.

Peguam: You are a good man (anda seorang insan yang baik)

Saksi: Ini kuasa Allah Taala.

Terdahulu, Mohd. Jimmy memberitahu mahkamah selain daripada sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah MyEG, beliau ada beberapa syarikat lain.

Beliau menyertai perniagaan sebagai menambah rezeki dan tingkatkan hidup ahli keluarganya.

Memilih bersara awal daripada berkhidmat sebagai polis, Mohd. Jimmy pada ketika itu mempunyai simpanan yang dianggarkan secara kasar berjumlah RM50,000 hingga RM60,000 pada ketika itu.

Beliau ada menerima pencen dan optional Golden Hand Shake yang diperoleh antara RM30,000-RM40,000.

Mohd. Jimmy memberitahu mahkamah, beliau berkawan baik dengan Jimmy Ng atau nama penuh, Ng Hong Seng.

Kegunaan akaun Kiosk Solution syarikat milik Jimmy Ng tetapi Mohd. Jimmy mengakui, beliau tidak sertai syarikat tersebut.

“Bayaran komisyen (RM2.5 juta) saya buat advance dari MyEG RM10 juta, dibayar kepada Kiosk Solution kerana Jimmy Ng akan uruskan kepada saya.

“Urusan saya dengan Kiosk Solution, bayaran komisyen sahaja dan saya tidak ada apa-apa hubungan, tidak ada kepentingan saham atau apa-apa,” kata saksi ketika menjawap soalan Timbalan Pendakwa Raya, Haris Ong.

Dalam MyEG, Mohd. Jimmy mempunyai pegangan saham RM10 juta hingga RM11 juta mengikut bayaran semasa dan ketika mengambil pendahuluan (advance) pun ada perjanjian.

Kata Mohd. Jimmy, beliau yakin dapat bayar balik pendahuluan yang diambil kerana nilai pegangan sahamnya pada tahun 2016.

Tahun 2020, nilai saham dah jatuh tinggal RM6 juta lebih dan dividen tahunan diterima Mohd. Jimmy ialah antara RM70,000 – RM80,000.

Bagi Mohd. Jimmy, masjid sudah siap kata Ahmad Zahid dan itu sudah cukup.

Sumbangan terakhir (cek terakhir) Mohd. Jimmy sekitar Mac 2018. – SM

 

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button