MahkamahNasionalNegeri

Keputusan kes pengasuh Indonesia sembunyi kelahiran ditangguh

MAHKAMAH Majistret Kangar hari ini menangguhkan keputusan kes seorang pengasuh warga Indonesia yang mengaku salah kerana menyembunyikan kelahiran di Kangar, Disember lalu.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim memutuskan kes itu ditangguh pada 23 Mac depan bagi menunggu laporan bedah siasat.

Pada 11 Januari lalu, Yuni Widya Sari, 28, dari Medan, Indonesia telah membuat pengakuan bersalah selepas dibacaka kertas pertuduhan ke atasnya di mahkamah berkenaan.

Pada kertas pertuduhan, Yuni didapati melakukan perbuatan menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan olehnya di Jalan Mutiara Jaya, Taman Mutiara, Kangar, pukul 6.30 pagi, pada 21 Disember tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen sama, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili peguam, Nurul Hanani Che Nor daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan rayuan Nurul Hanani dengan menetapkan jaminan RM8,000 dengan dua penjamin warga Malaysia.

Tertuduh telah membayar wang jaminan.

Berikutan itu Yuni Widya Sari hari ini hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh seorang wanita.

Wanita yang menemaninya dilihat keluar terlebih dahulu daripada tertuduh.

Yuni Widya Sari memakai mask biru, blaus bercorak biru dan bertudung itu dilihat laju keluar menerusi pintu utama Mahkamah Majistret bagi mengelak diambil gambar sambil menutup muka. – SM

BACA BYD masuki pasaran Indonesia, bakal bina kilang berkapisiti pengeluaran 150,000 unit setahun

BACA “Emaknya meninggal dunia, saya kena jaga, tak mampu hantar pengasuh”

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button