Nasional

Ayob Khan dahului terima darjah, pingat polis daripada Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Memetik laporan BERNAMA Ayob Khan, mendahului 309 penerima pingat termasuk dua pegawai kanan polis negara asing, pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian (DKPP) Tahun 2023 sesi pertama, yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara itu.
Selain itu turut menerima PGPP ialah empat pegawai kanan polis antaranya Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.
Seri Paduka turut berkenan mengurniakan PGPP Kehormat kepada Pesuruhjaya Polis Brunei Datuk Paduka Seri Mohammad Irwan Hambali dan Ketua Polis Thailand Torsak Sukvimol.
Pada istiadat itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) kepada 58 penerima, Pahlawan Pasukan Polis (PPP) kepada 88 penerima, Kesatria Pasukan Polis (KPP) kepada 17 penerima, Bentara Pasukan Polis (BPP) kepada 138 penerima dan seorang penerima Pingat Keberanian Polis (PKP).
(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button