Nasional

Sah! Majlis Raja-Raja Melayu Lantik Sultan Selangor Sebagai Pengerusi Majlis Agama Nasional

Majlis Raja-Raja Melayu (MRRM) melantik Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sebagai pengerusi Majlis Agama Nasional.

Manakala jawatan timbalan pengerusi Majlis Agama Nasional telah dipertanggungjawabkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan dengan keputusan MRRM ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah tertakluk di bawah kuasa Majlis Agama Nasional.

Melihat kepada keperibadian Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Gabungan Demi Malaiu yakin kedudukan Islam dengan fikrah rasmi ahli sunnah wal jamaah dapat diperkukuhkan.

Penubuhan Majlis Agama Nasional ini juga diharapkan membolehkan rakyat lebih kenal cabaran-cabaran yang mendatang serta melawan fahaman yang menyeleweng daripada akidah ahli sunnah wal jamaah.

(Visited 882 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button