Nasionalpilihan

Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian

KEMENTERIAN Perpaduan Negara komited untuk membantu kerajaan menjayakan Belanjawan 2023 sebagai usaha memastikan keharmonian dan kemakmuran rakyat terus dipelihara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pihaknya menghargai dan menyambut baik Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

“Dengan tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 yang dibentangkan adalah selaras dengan prinsip MADANI yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Belanjawan ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran rakyat terus dipelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Belanjawan 2023 telah memperuntukkan pelbagai inisiatif bagi menjamin keharmonian dan perpaduan melalui Ikhtiar 11.

Antara inisiatif tersebut adalah:

  1. RM50 juta diperuntukkan bagi menggerak pelbagai program perpaduan dan integrai nasional antaranya Kembara Perpaduan Malaysia MADANI dan Ini Warisan Kita.
  2. RM50 juta disediakan bagi penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadat bukan islam seluruh negara.
  3. Geran padanan RM50 juta bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan, khususnya sukan yang berteraskan perpaduan.
  4. Dana RM25 juta bagi menyemarak kegiatan kebudayaan dan kesenian di peringkat komuniti.
  5. RM20 juta peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan bagi program perpaduan yang berlandaskan penerapan nilai-nilai murni antara kaum. Keutamaan diberikan kepada program sukan, kebudayaan dan kesenian di peringkat sekolah dan komuniti.
  6. Bagi memupuk perpaduan di samping mengangkat peranan ibu bapa, komuniti dan NGO dalam pembangunan anak-anak di sekolah, kerajaan bersetuju menyediakan RM20 juta untuk melaksanakan program gotong-royong di semua sekolah seluruh Malaysia.

Artikel berkaitan > Senarai penuh Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim

(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button