Politik

Sah ke EGM esok?

1. Semua Perwakilan UMNO Bahagian dari seluruh Negara akan berkumpul di World Trade Centre esok 15 Mei, untuk menghadiri Majlis Menyambut Tarikh Kelahiran UMNO dan EGM UMNO, yang akan membentangkan Satu Usul untuk menggubal Perlembagaan UMNO yang sedia ada.

2. Usul yang mahu dibentangkan oleh Setiausaha Agong UMNO Malaysia (SUA), Datuk Ahmad Maslan adalah berkaitan dengan meminda ….

*” Fasal Waktu (Masa) Pemilihan Pejawat Jawatan dalam Parti UMNO mahu dilewatkan kepada 6 bulan selepas setiap kali Pilihanraya Umum Negara. “*

” Bukannya sebelum 30hb. Disember 2022 depan. ”

3. Menurut Surat dari SUA UMNO, EGM ini dipanggil mengikut ketetapan Usul dari Perhimpunan Agong UMNO yang terdahulu dan di persetujui oleh Ahli-Ahli MKT UMNO.

4. Perlu di peringatkan bahawa untuk memanggil sesuatu EGM UMNO, ianya memerlukan salah satu daripada 2 perkara ini secara khusus iaitu ;

(i). EGM hanya boleh di panggil dengan kehendak Presiden UMNO secara bertulis dan rasmi kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia ataupun dengan permintaan secara bertulis daripada 2/3 dari Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) ; atau

(ii). Permohonan secara bertulis dan rasmi dari 1/2 daripada UMNO Bahagian-Bahagian dari seluruh negara.

5. Di kuatirkan, EGM UMNO esok, tidak memenuhi kriteria memanggil EGM seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan UMNO.

Tata-cara memanggil EGM adalah amat khusus dan perlu di laksanakan secara tepat.

6. Dikuatirkan juga, Surat daripada Setiausaha Agong UMNO Malaysia kepada Perwakilan-perwakilan UMNO seluruh Negara, hanya memberi notis memanggil Mesyuarat EGM sahaja,

*TANPA melampirkan Usul Spesifik Fasal-Fasal yang mana mahu di pinda pada EGM 15hb. Mei 2022 esok.*

7. Menurut Perlembagaan Parti UMNO, ini perlu di edarkan kepada Ahli-Ahli perwakilan yang akan hadir, dengan mengikut Notis tarikh yang secukupnya sebelum Mesyuarat EGM.

Tidak cukup dengan Notis di beri pada Hari EGM tersebut di adakan, ketika Pembentangan Pindaan Perlembagaan akan di lakukan oleh DS Khaled Nordin.

8. Notis EGM ini amat jelas mempunyai kecacatan yang amat ketara dan boleh di persoalkan oleh Ahli-Ahli UMNO.

9. Perkara Ketiga, Persoalan yang amat penting untuk di jawab oleh SUA UMNO Malaysia kepada Ahli-Ahli UMNO dan ROS ialah,

*”Adakah EGM UMNO esok boleh meminda Fasal-Fasal di dalam Perlembagaan UMNO untuk memanjangkan tempoh kuasa mereka memegang jawatan, pada hakikatnya tempoh term ataupun penggal mereka sudah tamat. Dan mereka hanya memegang jawatan sebagai Care-Taker ataupun untuk sementara waktu sehingga pemilihan UMNO sebelum 30hb. Disember 2022, seperti yang telah di tetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).”*

10. Disertakan di sini secara PdF Surat daripada SUA UMNO Malaysia kepada Bahagian-Bahagian UMNO yang memperlihatkan beberapa kecacatan yang amat serious kepada Tata-Cara Memanggil EGM UMNO.

(Visited 529 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button