NegeriTravel

Rancang jangka pendek, panjang supaya Perlis terus dikunjungi

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya para pemain industri pelancongan mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang terhadap lokasi tumpuan pengunjung bagi menarik mereka untuk dapat datang lagi.

Baginda bertitah, perancangan ini meliputi tempat-tempat yang menarik, terminal atau stesen pengangkutan awam, kedai makan, hotel juga inap desa.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menunjukkan menu Kurma Daging Perlis sempena ‘Promosi Masakan Perlis’ sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 di Hotel Penang Marriott, Persiaran Gurney, George Town, Pulau Pinang.

Titah Baginda, semua jenis pengoperasian perlu ditambah baik dari masa ke semasa bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Peruntukan turut memainkan peranan yang sangat penting khususnya dalam aspek penyelenggaraan perniagaan agar perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan sentiasa berada pada tahap yang optimum.

Pemain-pemain industri juga perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan bidang masing-masing dengan melihat bagaimana negara-negara yang menjadi pilihan utama dan paling banyak dikunjungi beroperasi.

“Ia boleh menjadi bahan rujukan malah mengambil langkah menambah baik pendekatan dan kekuatan sedia ada di negeri ini khususnya dalam operasi perniagaan,” titah Baginda.

‘Promosi Masakan Perlis’ sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 di Hotel Penang Marriott, Persiaran Gurney, George Town, Pulau Pinang.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra dalam kenyataan media olen Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis selepas Baginda berkenan berangkat melancarkan ‘Promosi Masakan Perlis’ sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 di Hotel Penang Marriott, Persiaran Gurney, George Town, Pulau Pinang.

Sebagai simbolik pada pelancaran itu Baginda yang diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil juga berkenan menyerahkan streamer ‘Perlis – The Undeniable Charm’ kepada Pengurus Besar hotel berkenaan, Subash Basrur dan Chef Eksekutif hotel, Lee Keen Suaan yang telah menyediakan masakan istimewa iaitu Kurma Daging Perlis.

Promosi kali ini dijayakan oleh pihak hotel yang baru sahaja dibuka pada Februari lalu dengan kerjasama YTSP Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah dan juga Westfield Global Sdn Bhd (WGSB).

Hadir sama ialah Naib Presiden Kanan (Pembangunan Perniagaan Bagi Asia Pasifik) Marriott International, Kevin Chen serta Pengarah WGSB, Datuk Yeoh Yin Sean dan Datuk Lim Kean Seng setta usahawan Steven Tan.

Subash berkata, buat permulaannya, masakan istimewa Kurma Daging Perlis ini akan menjadi salah satu menu utama yang disajikan kepada para pelanggan hotel ini secara buffet di sepanjang Ramadan ini. – SM

BACA Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis saksi MoU Pakej Agro-Pelancongan

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button