Pendidikan
SAFI perkasa wanita Malaysia melalui program biasiswa siswi SAFI
PENDIDIKAN adalah kunci utama dalam memperkasakan wanita untuk mengubah naratif hidup mereka. Menyedari hal ini, SAFI – jenama halal No.1 di Malaysia – tampil menyokong wanita Malaysia melalui Program Biasiswa Siswi SAFI, sebuah inisiatif yang menginspirasikan wanita muda untuk melakar masa depan gemilang.
Edisi pertama program ini menyaksikan enam siswi dari 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dipilih sebagai penerima biasiswa.
“Program Biasiswa Siswi SAFI ini adalah kesinambungan misi kami sebagai jenama penjagaan diri halal tempatan yang telah lebih 30 tahun berada di pasaran. SAFI bukan sahaja memberikan keyakinan melalui produk berkualiti, tetapi juga membantu wanita memaksimumkan potensi diri ke arah kecemerlangan,” kata Kazlina Mohd Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI.
Dilancarkan pada April 2024, program ini menerima lebih 900 penyertaan secara dalam talian. Peserta diminta menghantar video pengenalan diri, dan 40 siswi yang memenuhi aspirasi jenama SAFI disenarai pendek untuk mengikuti bootcamp dalam talian. Dalam sesi ini, mereka diuji dari segi kemahiran komunikasi, kreativiti, dan kerjasama. Akhirnya, enam siswi yang menunjukkan dedikasi luar biasa dipilih untuk menerima biasiswa.
Penerima Biasiswa Siswi SAFI:
1.Aishah Umairah Binti Ariffin (Universiti Putra Malaysia, UPM)
2.Alia Lai Binti Mohd Fikri Lai (Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI)
3.Nurfadhilah Binti Ab Hamid (Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI)
4.Puteri Nurdiayanatul Akmal Binti A Rahman (Universiti Teknologi Malaysia, UTM)
5.Nurul Fatihah Binti Suhaimi (Universiti Malaya, UM)
6.Nor Alya Farisah Binti Nor Azman (Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM)
Pemilihan berdasarkan CGPA minimum 3.0, serta penglibatan aktif dalam aktiviti yang seiring dengan misi SAFI untuk memperkasakan wanita.
Menurut Kazlina, visi program ini adalah untuk membantu wanita muda yang kurang berkemampuan mencapai potensi mereka. “Kami ingin memberikan sokongan yang mereka perlukan untuk berjaya di peringkat akademik dan profesional,” jelasnya.
Selain itu, penerima biasiswa berpeluang menyertai program “Seminggu Bersama SAFI”, sebuah lawatan sambil belajar yang dirancang untuk membantu pembangunan kerjaya dan individu.
Kisah Inspirasi Penerima Biasiswa
Aishah Umairah, seorang pelajar UPM, meluahkan rasa syukurnya, “Biasiswa ini bukan sahaja meringankan beban keluarga saya tetapi juga memotivasikan saya untuk terus fokus pada pelajaran dan mencapai kejayaan.”
Bagi Nor Alya Farisah dari UKM, program ini sangat istimewa. “Misi SAFI untuk memperkasakan wanita dan membina keyakinan diri amat dekat di hati saya. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk mengejar impian dan menjadi inspirasi kepada wanita lain.”
SAFI, jenama yang sentiasa memberi kembali kepada komuniti, berharap program ini akan menjadi pencetus kepada lebih ramai wanita muda untuk mencipta masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Dengan inisiatif ini, SAFI terus melangkah maju sebagai jenama yang bukan sahaja menjaga kecantikan luaran tetapi juga membantu membentuk wanita sebagai suara perubahan dalam masyarakat.