Nasional

JSJN raih tempat ketiga dalam Kejohanan IPSC Iskandar Shoot 2023 Level III

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang terdiri daripada wakil Bukit Aman dan Kontinjen telah berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Production (berkumpulan) dalam Kejohanan IPSC Iskandar Shoot 2023 Level III bertempat di Lapang Sasar Johor Clay Target Shooting Association, Ladang REM, Kota Tinggi, Johor.

Kejohanan yang bermula pada 27 Oktober 2023 sehingga 29 Oktober ini telah melibatkan penyertaan lebih 300 orang peserta dari pelbagai agensi penguatkuasa tempatan dan antarabangsa seperti Indonesia, Singapura, Thailand, China, Filipina dan Hong Kong.

Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor mencemar duli merasmikan kejohanan ini.

Turut hadir adalah YDH DIG Dato’ Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH SAC Dato’ Mohamad Suzrin bin Mohd Rodhi, Komander Unit Tindakan Khas.

Kredit: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button