Hiburan

Sabrina Ali tamatkan zaman solo

PELAKON Sabrina Ali menamatkan zaman solo dengan memilih Wanji Aswandi sebagai suami. Mereka diijabkabulkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Sabtu lalu.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Sabrina selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal

Memetik laporan BH Online Wanji pula merupakan duda sejak sembilan tahun lalu.

“Kami mula kenal sejak Ogos lalu. Daripada status kawan ke teman rapat. Barangkali, mungkin disebabkan pernah berkahwin, jadi kami pantas mencipta keserasian dan memahami antara satu sama lain.

“Suami juga berdarah seni seperti saya. Dia bergelar pengarah aksi, penyanyi, pelakon, guru silat, penulis skrip dan buku,” kata Sabrina.

(Visited 785 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button