Nasional

Biro Guaman AMK gesa henti guna Akta Hasutan terhadap Umany

BIRO Guaman dan Undang-Undang Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Polis Diraja Malaysia menghentikan penggunaan Akta Hasutan 1948 terhadap para pemimpin pelajar Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (Umany).

Setiausahanya, Darwin Lim Chee Chien berkata, penggunaan Akta Hasutan terhadap Umany merupakan satu penindasan dan kezaliman kepada kebebasan akademik dan kebebasan bersuara.

Tambahnya, persatuan itu telahpun memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

“Tindakan pihak PDRM jelas telah menimbulkan satu “ugutan” kepada mahasiswa supaya mereka tidak bersuara terhadap isu-isu semasa.

“Pihak polis yang menjalankan siasatan terhadap Umany di bawah Akta Hasutan merupakan satu tindakan yang zalim serta telah melanggar kedaulatan undang-undang negara kita kerana kebebasan bersuara merupakan salah satu hak asas rakyat yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” dakwa Darwin Lim.

Umany sebelum ini disiasat berhubung kenyataan di media sosial bertajuk “Yang Di-Pertuan Agong should not intervene in national affairs” (Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara).

Kenyataan itu didakwa menghasut dan disiasat dibawah kesalahan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Persatuan itu sebelum ini meminta ampun kepadaYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan rakyat Malaysia atas kenyataan yang disiarkan di Facebook Umany.

Empat hari lalu, pemimpin Umany mendakwa mereka menerima ugutan berikutan isu tersebut.

Justeru Darren Lim menggesa pihak polis menyiasat ugutan yang diterima pemimpin terbabit.

“Kami memandang serius keatas ugutan mati dan rogol yang diterima oleh anggota UMANY daripada individu yang tidak dikenali. Sepatutnya peranan PDRM dalam insiden ini bertindak menjaga keselamatan mereka.

“Namun begitu, kami tidak nampak apa-apa langkah proaktif yang diambil oleh pihak polis untuk menjaga keselamatan mereka atau membuat siasatan terhadap ugutan yang diterima oleh mereka.

Oleh hal yang demikian, kami menggesa pihak polis hentikan segera penggunaan Akta Hasutan terhadap pemimpin pelajar Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya dan mengambil tindakan proaktif untuk memastikan keselamatan mereka serta membuat siasatan terhadap ugutan dan buli siber yang diterima oleh mereka,” kata Darren Lim.-SM

 

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button