fbpx
PRK

Sabah berada di landasan betul di bawah pimpinan Shafie Apdal

SABAH sudah berada di landasan yang betul di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam memenuhi keperluan rakyat dan melaksanakan pembangunan negeri ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick.

Menurut beliau Mohd Shafie sangat terbuka mendengar ahli-ahli pimpinannya bukan hanya berkenaan dengan masalah dan keperluan rakyat, bukan hanya keperluan kementerian masing-masing, tetapi juga hak-hak Sabah, pembangunan ekonomi dan urustadbir negeri.”

“Antara wawasan ekonomi Ketua Menteri adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah dengan menghentikan eksport kayu balak ke negara luar bagi membolehkan kilang-kilang perabot dan industri hiliran kayu dibangunkan di Sabah.

“Kalau sebelum ini kayu balak dieksport ke kilang-kilang perabot di Jepun, maka rakyat Jepun yang mendapat pekerjaan. Tetapi kini eksport kayu balak sudah dihentikan dan kilang-kilang perabot sedang dibangunkan di Sabah, maka yang mendapat pekerjaan adalah rakyat Sabah,” katanya pada Majlis Ramah Mesra dengan Ahli-Ahli Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Membakut hari ini.

Ewon, yang juga naib presiden UPKO, berkata begitu juga dengan industri lain seperti sumber asli, gas dan minyak dengan Mohd Shafie telah menyatakan wawasan dan halatuju negeri.


Dalam pada itu, beliau berkata Mohd Shafie adalah Ketua Menteri kepada semua rakyat Sabah yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.

Antara bukti keprihatinan beliau adalah meningkatkan peruntukan kepada badan keagamaan bukan Islam, sekolah mubaligh dan sekolah persendirian bukan Islam sebanyak RM8 juta daripada RM35 juta pada 2019 kepada RM43 juta pada tahun ini.– BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button