Politik

RUU Anti Lompat Parti perlu – Mahdzir

ISU lompat parti dalam kalangan wakil rakyat yang menang kerusi pilihan raya akan dapat diatasi dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagaimanapun berkata, sebelum akta terbabit dikuatkuasakan, Pindaan Perlembagaan perlu dilakukan terlebih dahulu.

“Kalau ikut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bermakna kita bentang pindaan Perlembagaan dahulu kemudian kalau Parlimen bersidang pada Julai, InsyaALLAH kita boleh bentang RUU Antilompat Parti pada Julai.”

Baca artikel ini > Rakyat sangat kecewa RUU tidak dibentangkan – Najib

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Iftar dan Solat Tarawih bersama Warga FELCRA Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak di sini semalam.

Jelas Mahdzir, Pindaan Perlembagaan yang bakal dibentang Isnin ini merupakan pindaan yang membolehkan Akta Antilompat Parti dibentangkan.

Pembentangan dan pembahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 itu membabitkan penggubalan punca kuasa di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Ia bagi membolehkan Rang Undang-Undang berhubung larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, digubal di Parlimen. – SM

Pilihan SMxShopee >  Kemeja Korporat UMNO

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button