Analisis

Bible bahasa Melayu mengandungi kalimah Allah boleh diedar percuma?

1.  Isu Pengunaan Kalimah Allah, Menteri Dalam Negeri perlu beri penjelasan berhubung dengan keputusan Kerajaan *TARIK BALIK RAYUAN* di Mahkamah.

2.  Perlu diperingatkan kepada Kerajaan Perpaduan ini (yang menjunjung titah YDPA) bahawa Rayuan dibuat pada tahun 2021, adalah bagi *Menjunjung Titah* Sultan Johor dan Sultan Selangor agar Rayuan dibuat ke Mahkamah Rayuan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi ……..

…..bahawa Arahan KDN pada tahun 1986, yang melarang Orang Bukan Islam menggunakan  *”Kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat”* sebagai menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan Negara ……

3.  Untuk makluman, KDN dan Kerajaan telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan pada 15 Mac 2021.

4.  Persoalannya kenapa Kerajaan Perpaduan hari ini menarik balik Rayuan tersebut ?

Adakah kerana Kerajaan Hari ini mendapat tekanan dari mana-mana pihak yang terbabit ?

Rayuan ke Mahkamah Rayuan, adalah satu kaedah terbaik untuk Rakyat beragama Islam mendapatkan keadilan berkenaan dengan Isu Kalimah Allah ini yang merupakan satu isu yang sensative untuk Orang Melayu/ Islam Negara ini.

5.  Persoalan Kedua. Bagaimana sebuah Kerajaan Perpaduan yang kononnya dibina atas Arahan dan Menjunjung Titah YDP Agong, hari ini sewenang-wenangnya menarik balik keputusan untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan, iaitu satu tindakan yang bertentangan dengan Titah Sultan Johor dan Sultan Selangor.

Adakah ini bermakna, Kerajaan Perpaduan PM Anwar Ibrahim hari ini, akan hanya mengikut Titah Raja-Raja Melayu, di mana menguntungkan kepentingan politik mereka sahaja.

Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Dalam Negeri, DAP desak KDN supaya tarik balik perintah penahanan naskah Bible Bahasa Malaysia yang mengandungi kalimah Allah.

Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika itu berkeras untuk tidak tarik balik dan lawan di mahkamah kerana sedar betapa bahayanya gerakkan ini.

Mahkamah Tinggi benarkan permohonan mereka.

KDN merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Sekarang, Kerajaan Perpaduan PM X menerusi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menarik balik rayuan tersebut.

Bermakna, Kerajaan Perpaduan hari ini bersetuju Bible Bahasa Malaysia yang menggunakan kalimah Allah boleh diedarkan secara bebas dan percuma.

(Visited 401 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button