
Nasional
Russia sahabat Malaysia yang hebat – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Rusia sebagai “sahabat hebat Malaysia” yang dihormati oleh rakyat Malaysia.
Semasa pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Anwar menyatakan harapan bahawa kedua-dua negara akan mengadakan mesyuarat penting dalam beberapa hari akan datang, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Anwar tiba di Moscow pada Selasa untuk lawatan rasmi.