Politik

Rupa DAP 2020 jauh bezanya, bilangan wakil rakyat Melayu meningkat – Zairil

Sekiranya dibandingkan dengan dahulu, rupa DAP pada tahun 2020 ini jauh berbeza.

Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata, beliau melihat dengan mata sendiri proses transformasi dalaman yang telah berlaku terhadap parti yang dianggotainya sejak 10 tahu lalu itu.

Menurutnya, ketika mula memasuki parti itu tidak ramai ahli Melayu apatah lagi anak muda Melayu, namun kini banyak yang telah berubah.

“Daripada keadaan tidak mempunyai seorang pun wakil rakyat Melayu selama 18 tahun sejak tahun 1995, DAP telah berjaya memenangkan dua ahli Parlimen dan seorang ahli dewan undangan negeri pada Pilihan Raya Umum 2013.

“Bilangan ini telah dinaikkan tiga kali ganda pada tahun 2018 dengan kemenangan sembilan wakil rakyat Melayu, satu ahli Parlimen dan lapan ahli dewan undangan negeri” kata Zairil.

Zairil yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berkata, daripada sebuah parti yang lazimnya diwakili muka-muka bukan Melayu dan bukan Bumiputera hari ini DAP sudah menjadi sebuah parti arus perdana yang mampu mengetengahkan barisan wakil rakyat yang sungguh rencam.

DAP juga merupakan parti dengan nisbah wakil paling tinggi rakyat bawah usia 40 tahun.

“Walaupun sudah banyak berubah, DAP tetap kekal dengan komitmen terhadap prinsip-prinsip demokrasi, keadilan sosial dan persaudaraan. Inilah nilai-nilai yang menjadi tunjang parti bagi perjuangannya yang tidak berasaskan kaum,” kata Zairil.

Zairil menjawab saranan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah  kepada anak muda Melayu dalam DAP agar “tidak dijadikan alat oleh kumpulan dalam DAP untuk menguasai negara ini”.

Ketika ini DAP mempunyai seramai 41 Ahli Parlimen bukan Melayu dan seorang Ahli Parlimen Melayu iaitu Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Diperingkat Dewan Undangan Negeri, DAP ketika ini mempunyai 98 wakil rakyat bukan Melayu dan tujuh wakil rakyat Melayu.

Johor (13 bukan Melayu / 1 Melayu), Kedah (2 bukan Melayu), Melaka (7 bukan Melayu), Negeri Sembilan (11 bukan Melayu), Pahang (6 bukan Melayu / 1 Melayu), Pulau Pinang (17 bukan Melayu / 2 Melayu), Perak (15 bukan Melayu / 1 Melayu), Sabah (6 bukan Melayu) Sarawak ( 7 bukan Melayu) dan Selangor (14 bukan Melayu / 2 Melayu).-SM

 

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button