Ekonomi

Richiamo Mart sayap perniagaan baharu Richiamo Coffee

PORT DICKSON: Rangkaian kedai kopi premium, Richiamo Coffee akan memperkenalkan sayap perniagaan baharu mereka iaitu Richiamo Mart yang dijangka dibuka dalam masa terdekat.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhamad Zamry Abu Samah berkata, perniagaan berkonsepkan kedai serbaneka itu dijangka bermula dengan dua buah cawangan di ibu negara sebelum hujung tahun ini dan 18 cawangan sepanjang tahun 2024.

 

Beliau berkata, sayap perniagaan Baharu itu akan menyumbang kepada perolehan Kumpulan secra signifikan tetapi perniagan Richiamo Coffee tetap menjadi penyumbang utama kepada Kumpulan.

 

“Dua lokasi telah dikenalpasti untuk pembukaan Richiamo Mart iaitu di stesen Transit Aliran Massa (MRT), Pasar Seni dan MRT Istana Budaya yang dijangka pada hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Malam Anugerah Richiamo 2023 di sini malam ini.

Belia menambah, beberapa pemilik Richiamo Coffee sudah menunjukkan minat dan ada yang dalam perancangan untuk membuka Richiamo Mart yang sama konsepnya seperti kedai serbaneka lain seperti Family Mart dan CU.

 

Jelas Muhammad Zamry lagi, pihaknya turut menyasarkan untuk membuka kedai serbaneka tersebut di kawasan kediaman berkonsepkan kondominium.

 

“Setiap lokasi penempatan kediaman baharu akan membuka peluang baharu bagi kedai serbaneka seperti ini. Kami menjangkakan 20 buah cawangan Richiamo Mart akan dibuka di sekitar Lembah Klang menjelang awal tahun depan,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, beliau memberitahu sehingga hari ini, terdapat 150 buah cawangan Richiamo Coffee yang sudah beroperasi di seluruh Malaysia.

 

Pertambahan bilangan masih secara konsisten di mana permohonan untuk membuka di lokasi baharu amat menggalakkan.

 

“Kami menjangkakan ada pertambahan 30 cawangan lagi dan sasaran kami pada hujung tahun ini, sebanyak 200 cawangan Richiamo Coffee akan beroperasi di seluruh negara,” katanya yang memberitahu Richiamo Coffee turut mempunyai cawangan di Siem Reap, Kemboja.

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button