Nasional

Runtun hati melihat signboard Utusan di Jalan Utusan diturunkan

SEPI tanpa ada jiwa apabila melihat dengan mata kepala sendiri, signboard UTUSAN MELAYU (M) BERHAD dicabut dan diturunkan di Jalan Utusan, hari ini.

Tanpa perlu ada penjelasan mengapa signboard diturunkan, tahun ini merupakan tahun ketiga syarikat Utusan Melayu menamatkan operasinya dengan membuang lebih 800 kakitangan yang berkhidmat di situ.

Tarikh 9 Oktober 2019 tidak akan dilupakan oleh seluruh warga kerja yang berkhidmat di syarikat persuratkhabaran arus perdana itu yang mana usianya lebih tua daripada parti UMNO.

Tiada siapa yang dapat diselamatkan daripada penutupan Utusan dan banyak pengajaran yang dikutip ekoran penutupan operasi syarikat.

Operasi syarikat sudah ditutup dan signboard juga sudah tiada. Apa lagi yang ada bagi bekas kakitangan Utusan Melayu?


Bagi bekas pengusaha kantin Utusan, Aini Muhtar, 59, menitis airmatanya tatkala melihat kerja-kerja penurunan signboard Utusan dilakukan.

Ikuti temubual bersama Aini atau lebih popular dengan panggilan Mak Ani di Facebook SUARA MERDEKA. – SM

(Visited 896 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button